I made this widget at MyFlashFetish.com.

ZULKIFLI BIN MD ALI
Berikut adalah pokok-pokok yang telah ditanam untuk menghiasi " Anjung Impian ". Dua jenis pokok yang telah dipilih ialah pokok Palm dan pokok puding. Ianya telah diletak seara selang-seli di kiri dan kanan koridor Pendidikan Khas.

Koridor menghadap parkir kereta guru.

Pokok Palm

Pokok Puding

Kodiror sebelah Munsyi Abdullah

Sempena cuti sekolah selama dua minggu ini, Penyelaras telah menyediakan 2 tugasan buat PPM kita yang bekerja pada waktu itu. Disebabkan ketiadaan pelajar, maka PPM telah ditugaskan membaikpulih mural sedia ada, membuat mural baru serta menghias koridor Pendidikan Khas dengan pokok-pokok.






Untuk aktiviti pertama iaitu menceriakan semula mural. Mural bendera Malaysia yang berhadapan dengan kantin sekolah telah dikenal pasti untuk dicat semula. Ianya hanya bermula pada hari Rabu sebelah petang hingga Jumaat petang.

Aktiviti kedua ialah membuat mural di tembok sempadan SMK Munsyi Abdullah. Beberapa mural telah dikenalpasti untuk dibuat dengan bantuan pelajar-pelajar yang akan membuat aktiviti Khidmat Masyarakat dalam mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kenegaraan.

ZULKIFLI BIN MD ALI
Muar, 26 Mei - Kontinjen Melaka melakar kejayaan yang bermakna di Stadium Perbandaran Muar kerana seorang pelajar iaitu Al-Nazirul Mubin dari SMK Tun Mutahir telah berjaya mendapat Perak pada Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas peringkat kebangsaan 2009.
Inilah pingat kali pertama diperolehi sejak 5 tahun yang lalu. Sekalung tahniah diucapkan kepada adik Al-Nazirul Mubin atas kejayaannya itu. Semoga akan menjadi perangsang kepada atlet-atlet yang lain.
ZULKIFLI BIN MD ALI
Seluruh warga Pendidikan Khas SMK Tun Mutahir mengucapkan Selamat Hari Lahir buat cikgu Shanthi a/p Kanasan Mutty pada 25 Mei 2009. Hari gaji tuuuu... Semoga umur yang dianugerahkan akan dimanfaatkan dengan lebih baik.
ZULKIFLI BIN MD ALI
ACARA PAGI :

1. 200 METER
2. LEMPAR CAKERA
3. LOMPAT JAUH
4. LONTAR PELURU
5. REJAM LEMBING
6. 800 METER

ACARA PETANG :

1. LOMPAT JAUH
2. LONTAR PELURU
3. 4 x 100 METER

( KESEMUA ACARA DISERTAI LS DAN PS )
ZULKIFLI BIN MD ALI
Tun Mutahir, 22 Mei - Kotinjen Pendidikan Khas Negeri Melaka akan berjuang untuk 2 kejohanan olahraga iaitu sebagai acara jemputan di Kejohanan Olahraga MSSM di Stadium Bukit Jalil pada 23 Mei ( sabtu ) ini dan Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas yang akan diadakan di Stadium Muar bermula 25 - 28 Mei minggu depan.
Kejohanan Olahraga MSSM akan diiringi oleh ustaz Sajat bin Ahmad. Sementara Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas pula akan diiringi oleh En. Rosli bin Aliman serta Cik Siti Nafisah bte Saleman.
Kejohanan Olahraga MSSM adalah buat pertama kalinya menjemput kotinjen OKU dari cacat pendengaran sebagai acara jemputan. Sementara, Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas memang disertai SMK Tun Mutahir saban tahun mewakili kategori senior bagi cacat pendengaran.
Berdasarkan latihan pusat dan keputusan kejohanan tahun-tahun lepas, kotinjen pada tahun ini dijangka dapat membawa pulang beberapa pingat. Semoga tahun ini lebih menyerlah daripada tahun-tahun sebelumnya dengan gandingan mantap warga Pendidikan Khas Tun Mutahir yang bersilih ganti memberikan latihan selama 2 minggu sama ada di padang sekolah ataupun pada waktu petang di padang SKPK.
Gambar akan menyusul kemudian.
ZULKIFLI BIN MD ALI
Pada bulan Mei ini membawa tuah yang berganda ke Program Pendidikan Khas khususnya. Apa tidaknya, 3 orang pegawai dari program ini telah menimang cahaya mata. Mereka ialah :
1. Encik Zulkifli bin Md Ali yang telah menyambut kelahiran anak perempuan pada 07 Mei yang lalu. Nama yang telah diberi ialah Alya Nur Syazwani.
2. Puan Azrina bte Abdul Majid. Beliau juga telah memperolehi anak perempuan pada 19 Mei yang lalu. Nama yang diberi ialah Nurfaiqah Ahza.
3. Puan Habibah bte Katan. Beliau telah bersalin pada 21 Mei yang lalu pada jam 4.00 pagi. Beliau memperolehi anak lelaki.
Tahniah buat ketiga-tiga pegawai tersebut. Semoga akan menjadi ikutan kepada mereka yang lain. Insyallah bulan Julai atau Ogos kelak, kita akan menimang cahaya mata yang ke-4 daripada Puan Nor Farizah pula. Semoga semuanya selamat.
Gambar akan menyusul kemudian.
ZULKIFLI BIN MD ALI
Tingkatan 5 Khas terdiri daripada dua kelas iaitu 5 Khas Akaun yang terdiri daripada 4 pelajar perempuan dan 5 Khas Vokasional yang terdiri daripada 3 pelajar lelaki. Tingkatan 5 Khas Akaun mengambil 6 pelajaran teras serta 2 pelajaran tambahan iaitu Prinsip Akaun dan Pendidikan Seni Visual. Sementara itu, tingkatan 5 Khas Vokasional pula mengambil 6 pelajaran teras dan 1 mata pelajaran MPV iaitu Pembinaan Domestik.
Kemasukan mereka ke tingkatan 4 dan seterusnya ke tingkatan 5 berdasarkan keputusan PMR tahun 2007 yang agak memuaskan. Salah seorang daripada mereka iaitu Saudari Ng Huei Chyn telah lulus kesemua pelajaran dalam peperiksaan tersebut dan telah dianugerahkan pelajar cemerlang dari Kerajaan Negeri Melaka bagi kategori pelajar OKU.
Harapan yang disandarkan kepada mereka ialah lulus dengan baik dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dan seterusnya dapat meneruskan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
ZULKIFLI BIN MD ALI




Tun Mutahir, 16 Mei - Sebelum dimulakan bicara, SELAMAT HARI GURU dimula. PPKI, SMKTMu telah membuat percubaan menanam pokok sayur-sayuran. Namun begitu, hanya sawi, bende, ulam raja dan kacang panjang ungu yang menampakkan hasil.

Walaupun tiada tanah yang luas untuk diusahakan, tetapi ianya tetap diwujudkan. Hakikatnya ianya seperti tiada tetapi bagi mereka yang tahu, ianya telahpun dimulakan. Beberapa tempat telah dimulakan projek ini sebagai percubaan iaitu ditepi tembok Pendidikan Khas serta di belakang kantin sekolah.
Sehingga kini, hanya sawi yang telah dipungut hasilnya. Sayur-sayuran lain hanya menunggu masa menuai hasil.






ZULKIFLI BIN MD ALI
SMK Padang Temu, 14 Mei - SMK Tun Mutahir telah berjaya menjadi juara dalam Pertandingan Tarian Pendidikan Khas Peringkat Negeri Melaka di sini. SMKTMu telah mengalahkan pasukan tarian dari 7 zon lain. Walaupun peserta-peserta ini tidak mendengar lagu yang dimainkan, tetapi rentak tarinya berjaya mencuri hati juri. Juri-juri terdiri daripada En. Zainal dari SMK Durian Tunggal, Pensyarah IPPM dan Guru Tari dari Taman Budaya Negeri Melaka.
Peserta dari SMKTMu seramai 12 orang menari mengikut rentak 4 lagu rakyat negeri Melaka termasuk dari masyarakat Melayu dan Baba Nyonya dengan anggung mengenakan busana yang amat bersesuaian dengan tarian yang dipilih.
Majlis penutupan telah disempurnakan oleh En. Razali iaitu Ketua Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas. Beliau yang sempat menyaksikan 2 pesembahan tarian amat memuji komitmen yang dimainkan oleh para peserta serta guru-guru yang terlibat.
Bagi kategori rendah, telah dimenangi oleh Zon Jasin. Dengan kemenangan ini, Zon Jasin dan SMK Tun Mutahir akan membawa nama Melaka ke peringkat Kebangsaan yang bakal diadakan di Negeri Sembilan sekitar bulan Julai kelak. Semoga berjaya.




ZULKIFLI BIN MD ALI
PPKI, SMK Tun Mutahir merupakan satu-satunya program peringkat menengah yang menawarkan program pembelajaran bagi kanak-kanak kurang upaya pendengaran di negeri Melaka.
Program yang dibuka pada tahun 1979 kini telah berjalan selama 30 tahun dan telah berkembang daripada sebuah kelas dengan hanya seorang guru kepada sembilan buah kelas dengan mempunyai 14 orang guru siswazah terlatih.
Bilangan pelajarnya pula setakat ini seramai 38 orang yang masih menuntut dari tingkatan 1 hingga 5 dan dikategorikan gred A. Program ini telah menerima 4 orang Pembantu Pengurusan Murid (PPM) bermula penghujung tahun 2006. Pelajar-pelajar sekolah ini datangnya dari SKPK Semabok, SK Jasin, SK Masjid Tanah dan SKPK Muar.
ENROLMEN GURU
2009
MELAYU :
Lelaki - 4 orang
Perempuan - 5 orang
CINA :
Lelaki - 1 orang
Perempuan - 3 orang
INDIA :
Lelaki - Tiada
Perempuan : 1 orang
ENROLMEN PELAJAR
2009
MELAYU :
Lelaki - 10 orang
Perempuan - 19
CINA :
Lelaki - 3 orang
Perempuan - 5 orang
INDIA :
Lelaki - 1 orang
Perempuan - Tiada
JUMLAH BESAR : 38 ORANG
ZULKIFLI BIN MD ALI
CLAREENA JONG EE FEN

LEONG LEI LING

JOYCE


Program Pendidikan Khas Tun Mutahir telah menerima tiga orang guru praktikum. Mereka akan mula menjalani latihan mengajar bermula 11 Mei sehingga 24 Julai 2009. Kesemua mereka dari Universiti Kebangsaan Malaysia.

Ketiga-tiga gadis praktikum tersebut ialah :




a) Joyce : Anak jati Melaka. Berasal dari Cheng. 2 tahun lepas beliau pernah menjalani ROS di sini.

b) Leong Lei Ling : Anak kelahiran Sarawak. Tinggal di Taman Jati sehingga praktikum tamat

c) Clareena Jong Ee Fen : Anak kelahiran Sabah. Tinggal bersama-sama Lei Ling.


Semoga praktikum ini akan memberikan penuh manfaat kepada mereka semua. Hadapilah cabaran sepanjang berpraktikum di sini.

ZULKIFLI BIN MD ALI
PN. NUR FARIZAH BTE RUSLAN
( MULAI APRIL 2008 )

PN. MASZIAH BTE AHMAD
( MULAI APRIL 2008 )

PN. ZAINON BTE OSMAN
( MULAI APRIL 2008 )

PN. HABIBAH BTE KATAN
( MULAI OKTOBER 2007 )






Followers

TERIMA KASIH DARI KAMI