I made this widget at MyFlashFetish.com.

ZULKIFLI BIN MD ALI


Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SMK Tun Mutahir mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih atas sumbangan yang dihulurkan kepada Cik Nurul Izan bte Zakaria kerana telah menjadi guru ganti Pn. Azrina bte Abdul Majid yang cuti bersalin. Beliau akan berpindah ke SMK Bukit Katil pula. Walaupun tarikh bertugas beliau sepatutnya tamat 17 Julai depan, tetapi atas sebab Pn. Azrina telah dapat berpindah ke Segamat sejak 1 Jun yang lalu, perkhidmatan beliau terpaksa ditamatkan awal. Harap Cik Nurul Izan tidak terputus hubungan dengan SMKTMu khususnya PPKI di sini. Siapa pula penggantinya selepas ini ? Tunggu !!!
ZULKIFLI BIN MD ALI







Majlis perasmian PUSKOM telah selamat dijalankan pada ketetapan berikut :

Tarikh : 26 Jun 2009
Tempat : Persatuan Orang Pekak Melaka, No 7-1, Jalan BU 3, Taman Bachang Utama.
Perasmi : En. Patmanathan, Wakil YB Datuk Hj. Abdul Karim Hj. Sulaiman.

ZULKIFLI BIN MD ALI
Muhammad Rabani Zahari : 3C 5E GPK 4.25 Gagal
Low Siau Hui : 3D 4E GPK 4.57 Gagal
Syed Ahmad Farhan AlHabshi : 8E GPK 5 Gagal
Lim Mei Chen : 7E GPK 5 Gagal
Neoh Soon Siong : 7E GPK 5 Gagal
Norshila Jamian : 8E GPK 5 Gagal
Nurulain Abd. Razak : 8E GPK 5 Gagal
ZULKIFLI BIN MD ALI
Majlis Tadarus yang sedang berlangsung di UUM memberi satu khabaran tentang Pertandingan Bercerita yang berlangsung 23 Jun 2009 ( Selasa ). Wakil SMKTMu hanya menduduki tempat kelima untuk kedua-dua kategori lelaki dan perempuan senior. Semoga masih ada khabar lebih gembira hari ini.
ZULKIFLI BIN MD ALI
Pada 22 - 25 Jun 2009, Majlis Tadarus Pendidikan Khas Peringkat Kebangsaan 2009 akan diadakan di Universiti Utara Malaysia, Sintok. SMKTMu akan mewakilkan 8 orang pelajarnya pada tahun ini iaitu 3 peserta bercerita, 2 peserta khat, dan 3 peserta merumikan tulisan jawi. Semoga berjaya.

Antara peserta yang bakal bertanding.


Barisan Jurulatih dan hakim pertandingan.

Salah satu khat junior yang dibuat latihan.


Latihan bercerita sedang giat dibuat.


Kelihatan peserta khat tekun membuat latihan.

2 orang peserta bercerita mendapat sentuhan terakhir.

ZULKIFLI BIN MD ALI
Mulai 15 Jun, para pelajar MPV tingkatan 5KV ditugaskan untuk menceriakan persekitaran Pendidikan Khas dengan membuat "Laman Terapi".
HARI PERTAMA




Followers

TERIMA KASIH DARI KAMI