I made this widget at MyFlashFetish.com.

ZULKIFLI BIN MD ALI
Kontinjen PPKI, SMKTMu berjaya mengondol 1 pingat emas dan 1 pingat gangsa dalam Pertandingan Boling Pendidikan Khas Negeri Melaka yang berlangsung selama 3 hari dan berakhir semalam. Sekalung tahniah diucapkan kepada Nurul Nadia Ismail dan Nur Farahin yang mendapat pingat Emas serta Nur Amalina Abdullah dan Ainin Az Zahra kerana mendapat pingat Gangsa. Berjuang lagi di peringkat kebangsaan kelak. Syabas !!!

Gaya seorang peserta yang tidak membawa pulang pingat...hehehe !!!


Kategori Trio turut disertai guru... belum ada hasil lagi...

Wah...wah...wah... Bersedia nampak. Lepas tu masuk longkang...

Apa yang penting, gaya lebih.

ZULKIFLI BIN MD ALI
Pertandingan Boling Pendidikan Khas Peringkat Negeri Melaka sedang berlngsung di Ampang Bowl, Mahkota Parade. Ianya berlangsung selama 3 hari mulai 28 Julai - 30 Julai 2009. Semoga berjaya buat semua.




Empat gambar di atas merupakan pertandingan sebenar untuk kategori individu.
Sementara gambar di bawah adalah sesi latihan untuk pertandingan hari Rabu.


"Over"nya Cikgu Rosli. Tapi... kenapa arah belakang ?
ZULKIFLI BIN MD ALI
Ustazah Nurul Syuhada ( Kedah )

Ustaz Mohd Fadly ( Kelantan )

Ustazah Basirah ( Pahang )


Warga Pendidikan Khas mengucapkan selamat datang dan semoga dapat mendidik para pelajar Pendidikan Khas dengan penuh dedikasi buat 3 orang guru praktikum iaitu Ustaz Fadly, Ustazah Nurul Syuhada dan Ustazah Basirah. Mereka akan berpraktkum di sini mulai 27 Julai hingga 23 Oktober 2009. Ahlan Wa Sah Lan wa Marhaban Bikum.

ZULKIFLI BIN MD ALI

pYzam Page Pets
FreeFlashToys Page Pets
ZULKIFLI BIN MD ALI
Cik Siti Nafisah sudah 5 kali menderma darah tau.

Murir-murid Pendidikan Khas mengadakan lawatan ke tempat menderma darah sambil diberi penerangan oleh Cik Koh Paw Cheng.


Pelajar kedua yang menderma darah, Ng Hui Chyn.


Tan Hui Peng antara pelajar pertama yang menderma darah.

Pemeriksaan dilakukan sebelum darah boleh didermakan.


Program Menderma Darah telah diadakan di Dewan Mutahir, SMK Tun Mutahir sempena minggu Sains, B.Inggeris dan Matematik. Pendidikan Khas tidak terkecuali memberikan sokongan apabila beberapa orang guru dan pelajar sudi mendermakan darah mereka. Antaranya Cikgu Zulkifli, Cikgu Siti Nafisah, Tan Hui Peng 5KA dan Ng Hui Chyn 5KA.






ZULKIFLI BIN MD ALI
Majlis ucapan oleh guru pelatih bersama murid-murid PPKI Tun Mutahir telah diadakan pada jam 11.50 am di kantin sekolah. Pada majlis itu para pelatih bersilih ganti menyampaikan ucapan perangsang dan motivasi kepada semua murid. Majlis diakhiri dengan salam-salaman dengan semua murid.

Bersama-sama murid-murid perempuan

Sayang nak tinggalkan kamu semua !!!

Ambil hadiah ni... penat cikgu beli di Jonker Walk. Buat kenang-kenangan ye !!!


Terima kasih cikgu sebab ajar kami. Bestlah ....

Bergambar kenang-kenangan bersama murid lelaki.

" Peluklah cikgu... nanti tak jumpa lagi," kata Cikgu Joyce sambil meleleh air matanya.

" Cikgu harap kamu semua akan ngat cikgu sampai bila-bila ye," said Cikgu Leong


Sedanh khusyuk melihat ucapan cikgu di hadapan.

Wakil murid menyampaikan ucapan.

Pada permulaan majlis.

ZULKIFLI BIN MD ALI
Satu majlis bagi mengucapkan jutaan terima kasih buat pelatih-pelatih yang akan menamatkan praktikumnya hari ini 17 Julai 2009 telah diadakan di Bilik Gerakan Pendididkan Khas pada jam 10.00 pagi.
Sijil & Cenderamata buat Joyce

Gambar kenang-kenangan bersama pentadbir


Sijil & Cenderamata buat Clareena

Sijil & Cenderamata buat Leong

ZULKIFLI BIN MD ALI
Tarikh : 11 Julai 2009
Hari : Sabtu
Tempat : Pantai Puteri
Masa : 6.45 - 4.00 petang
Penglibatan : Semua murid PPKI, SMKTMu dan guru-guru praktikum, GSTT, dan guru-guru praktikum Pendidikan Khas Zon Bukit Cina.









ZULKIFLI BIN MD ALI
Wagra Pendidikan Khas Tun Mutahir mengucapkan tahniah kepada PPM kita iaitu Puan Nor Farizah bte Ruslan kerana telah melahirkan putera yang juga merupakan anak keduanya. Katanya seberat 2.75 kg. Apa namanya ? Belum dimaklumkan lagi.
ZULKIFLI BIN MD ALI
Antara peneraju sketsa sempena Minggu Bahasa Melayu 2009




Babak mencemaskan, saat-saat pemilihan bakal permaisuri.

Entah apalah yang dibincangkan oleh Sultan Melaka dengan anakandanya tu !!!


Percintaan Puteri Hang Li Po yang tak kesampaian.

ZULKIFLI BIN MD ALI
Tingkatan 3 Khas B telah dinobatkan sebagai kelas paling ceria dan bersih bagi kategori Pendidikan Khas sempena Pertandingan 3K anjuran SMK Tun Mutahir. Tahniah buat Cikgu Duzaimah bte Kamaruddin dan murid-muridnya.

ZULKIFLI BIN MD ALI
NG HUI CHYN
( Tempat Pertama Tingkatan 5 )


MUHAMMAD ANUAR BIN MD SERAH
( Tempat Pertama Tingkatan 4 )

MUHAMMAD RABANI BIN ZAHARI
( Tempat Pertama Tingkatan 3 )

WONG SUEI JIUN
( Tempat Pertama Tingkatan 2 )

NURUL NADIA BIN ISMAIL
( Tempat Pertama Tingkatan 1 )




Followers

TERIMA KASIH DARI KAMI