I made this widget at MyFlashFetish.com.

ZULKIFLI BIN MD ALI
Tahniah buat skuad Futsal SMK Tun Mutahir yang mewakili negeri Melaka kerana berjaya mengalahkan 3 pasukan setakat ini dan seterusnya melakar ke suku akhir Futsal Pendidikan Khas Peringkat Kebangsaan 2009 yang sedang diadakan di Klang, Selangor.
Melaka (3) - Kelantan (1)
Melaka (2) - Pulau Pinang (1)
Melaka (4) - Negeri Sembilan (1)
Tahniah !!! Semoga terus berjaya ke akhir dan merankul kejuaraan tahun ini.
KEPUTUSAN AKHIR : MELAKA HANYA BERJAYA KE SUKU AKHIR DAN MENDUDUKI TANGGA KE-5. MELAKA KALAH KEPADA SELANGOR 1-0.
ZULKIFLI BIN MD ALI
MEMBUAT MURAL DI TEMBOK PENDIDIKAN KHAS

Dua orang guru ni membantu ke atau saja nak tayang muka ?

Cikgu Siti nak lukis gambar apa tuh ?


Dasar laut sedang dilakar oleh Cikgu Salomi...


Kan dah nak hampir siap tuh...

Ehh... mana Sponchbob Squerpants ?

ZULKIFLI BIN MD ALI
Tarikh : 22 Okt. 2009
Hari : Khamis
Masa : 2.00 - 4.00 petang
Tempat : Korean Restaurant, Mahkota Parade



ZULKIFLI BIN MD ALI
Cik Shanthi memaklumkan bahawa skuad bowling bergu Melaka yang diwakili Al-Nazirul Mubin dan Farahin Zamri berjaya mendapat tempat ke-3 bagi Pertandingan Bowling Pendidikan Khas Peringkat Kebangsaan 2009 yang sedang diadakan di Endah Parade, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Bestnya......
ZULKIFLI BIN MD ALI
Kontinjen Futsal dan Bola Jaring Pendidikan Khas SMK Tun Mutahir telah pulang dengan penuh bergaya apabila kedua-duanya berjaya membawa kejayaan. Futsal telah berjaya menduduki tempat ke-3 daripada 8 zon yang lain. Apa yang lebih membanggakan lagi, skuad Bola Jaring berjaya menggondol tempat pertama. Pastikan kejayaan ini akan diteruskan pada peringkat kebangsaan yang akan diadakan di Melaka untk Bola Jaring dan di Selangor untuk Futsal.
Tahniah !!!

Perlawanan Futsal sedang berlangsung.


Di akhir acara. Majlis penyampaian hadiah.

Futsal berjaya menduduki tempat ke-3.

Juara Bola Jaring peringkat negeri Melaka. Tahniah !!!

Skuad Bola Jring sedang ditemuramah oleh EduWebTv

ZULKIFLI BIN MD ALI



Warga Pendidikan Khas mengucapkan jutaan TAHNIAH buat Siti Hajar Aisyah bte Shafie atas kejayaan beliau mengondol pingat PERAK dalam Pertandingan Petanque Peringkat Kebangsaan 2009.
ZULKIFLI BIN MD ALI
Warga Pendidikan Khas Tun Mutahir mengucapkan jutaan TAHNIAH dan SYABAS buat Ustaz Sajat bin Ahmad atas perlantikan sebagai Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas bermula 1 September 2009 yang lalu. Semoga Pendidikan Khas SMK Tun Mutahir akan lebih cemerlang.
ZULKIFLI BIN MD ALI
Tarikh Latihan Pusat : Fasa 1 : 3 & 4 Sept. 2009
Fasa 2 : 7 -11 Sept. 2009
Fasa 3 : 14 & 15 Sept. 2009
Tempat : Gelanggang Petanque, Pantai Puteri.
Pertandingan Peringkat Kebangsaan :
Tempat : Kangar, Perlis.
Tarikh : 29 - 3 Okt. 2009.




ZULKIFLI BIN MD ALI
TARIKH : 19 OGOS 2009
MASA : 2.45 PM
TEMPAT : MIBC, MITC

KUMPULAN 1 :

1. DZULKIFLI : 371 MARKAH
2. SIRAWATI : 233 MARKAH
3. ROSMAWATI : 215 MARKAH

KUMPULAN 2 :

1. NURUL ASYIKIN : 302 MARKAH
2. ROSLI ALIMAN : 262 MARKAH
3. NAZRUL FAZLY : 243 MARKAH

KUMPULAN 3 :

1. ROSLE MAHAT : 303 MARKAH
2. USTAZ RAZAK : 290 MARKAH
3. SHANTHI : 206 MARKAH
4. SAFIATUN : 187 MARKAH

KUMPULAN 4 :

1. SAJAT : 240 MARKAH
2. SITI NAFISAH : 227 MARKAH
3. DUZAIMAH : 222 MARKAH


KUMPULAN 5 :

1. FAIZZUDDIN : 318 MARKAH
2. ZAKARIA : 286 MARKAH
3. SALOMI : 261 MARKAH
4. YONG SIOK FANG : 172 MARKAH

KEPUTUSAN :
LELAKI :
JUARA : DZULKIFLI
KE-2 : FAIZZUDDIN
KE-3 : ROSLE MAHAT
PEMAIN PALING LAWAK : USTAZ SAJAT.
PEMAIN PALING BAHAYA : USTAZ RAZAK
PEMAIN PALING TAK PUAS HATI : ROSLI ALIMAN
PEMAIN PALING COOL : NAZRUL FAZLY
PEMAIN PALING KECEWA 1 : ZAKARIA ( KATEGORI PERMAINAN )
PEMAIN PALING KECEWA 2 : USTAZ SAJAT ( KATEGORI MARKAH )
PEMAIN TERANIAYA : ZAKARIA
PEREMPUAN :
JUARA : NURUL ASYIKIN
KE-2 : SALOMI
KE-3 : SIRAWATI
PEMAIN PALING LAWAK : DUZAIMAH
PEMAIN PEMAIN BAHAYA : SAFIATUN
PEMAIN YANG TAK DISANGKA : SALOMI
PEMAIN PALING BERGAYA : YONG SIOK FANG
PEMAIN PALING COOL : SITI NAFISAH
PEMAIN PALING KECEWA : YONG SIOK FANG
KUMPULAN PALING NAKAL : KUMPULAN 5
KAKI KACAU ANTARABANGSA : DUZAIMAH
ZULKIFLI BIN MD ALI
Tarikh : 10 Ogos 2009
Masa : 10. 30 pagi
Tempat : Teratak Ilmu

Tempat Ke-2

Tempat Pertama
Pemenang Tempat Pertama

Tempat Ke-3

Tempat ke-5

Tempat ke-4

ZULKIFLI BIN MD ALI
Dua orang guru dari Pendidikan Khas SMKTMu telah dianugerahkan APC 2008 yang telah diadakan di Dewan Taming Sari, MBMB pada 29 Julai 2009 yang lalu. Beliau ialah En. Zulkifli bin Md Ali dan Cik Shanthi a/p Kanasan Mutty. Tahniah !!!

En. Zulkifli bin Md Ali

Cik Shanthi a/p Kanasan Mutty
ZULKIFLI BIN MD ALI
Tarikh : 31 Julai 2009

Tempat : Dewan Mutahir

Masa : 3.00 petang

En. Soo Toh Meng Hwi ( Bapa pelajar cacat pendengaran cemerlang ) sedang menyampaikan ceramah.


Meja pendaftaran



Tetamu yang hadir memenuhi dewan.




Gambar di atas, penyampaian hadiah untuk pelajar cemerlang Peperiksaan Pertengahan Tahun.

Majlis bertemu penjaga diadakan di penghujung Bicara Ilmu.

Cenderamata buat En. Sisnoto Santar ( Wakil UPK, JPN )

Terima kasih Tuan Pengetua atas sokongan yang diberi.

Penghargaan khusus buat En. Soo Tho Meng Hwi.

ZULKIFLI BIN MD ALI
Kontinjen PPKI, SMKTMu berjaya mengondol 1 pingat emas dan 1 pingat gangsa dalam Pertandingan Boling Pendidikan Khas Negeri Melaka yang berlangsung selama 3 hari dan berakhir semalam. Sekalung tahniah diucapkan kepada Nurul Nadia Ismail dan Nur Farahin yang mendapat pingat Emas serta Nur Amalina Abdullah dan Ainin Az Zahra kerana mendapat pingat Gangsa. Berjuang lagi di peringkat kebangsaan kelak. Syabas !!!

Gaya seorang peserta yang tidak membawa pulang pingat...hehehe !!!


Kategori Trio turut disertai guru... belum ada hasil lagi...

Wah...wah...wah... Bersedia nampak. Lepas tu masuk longkang...

Apa yang penting, gaya lebih.

ZULKIFLI BIN MD ALI
Pertandingan Boling Pendidikan Khas Peringkat Negeri Melaka sedang berlngsung di Ampang Bowl, Mahkota Parade. Ianya berlangsung selama 3 hari mulai 28 Julai - 30 Julai 2009. Semoga berjaya buat semua.




Empat gambar di atas merupakan pertandingan sebenar untuk kategori individu.
Sementara gambar di bawah adalah sesi latihan untuk pertandingan hari Rabu.


"Over"nya Cikgu Rosli. Tapi... kenapa arah belakang ?

Followers

TERIMA KASIH DARI KAMI