ZULKIFLI BIN MD ALI
Tahniah buat skuad Futsal SMK Tun Mutahir yang mewakili negeri Melaka kerana berjaya mengalahkan 3 pasukan setakat ini dan seterusnya melakar ke suku akhir Futsal Pendidikan Khas Peringkat Kebangsaan 2009 yang sedang diadakan di Klang, Selangor.
Melaka (3) - Kelantan (1)
Melaka (2) - Pulau Pinang (1)
Melaka (4) - Negeri Sembilan (1)
Tahniah !!! Semoga terus berjaya ke akhir dan merankul kejuaraan tahun ini.
KEPUTUSAN AKHIR : MELAKA HANYA BERJAYA KE SUKU AKHIR DAN MENDUDUKI TANGGA KE-5. MELAKA KALAH KEPADA SELANGOR 1-0.
ZULKIFLI BIN MD ALI
ZULKIFLI BIN MD ALI
ZULKIFLI BIN MD ALI
Cik Shanthi memaklumkan bahawa skuad bowling bergu Melaka yang diwakili Al-Nazirul Mubin dan Farahin Zamri berjaya mendapat tempat ke-3 bagi Pertandingan Bowling Pendidikan Khas Peringkat Kebangsaan 2009 yang sedang diadakan di Endah Parade, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Bestnya......
ZULKIFLI BIN MD ALI
Kontinjen Futsal dan Bola Jaring Pendidikan Khas SMK Tun Mutahir telah pulang dengan penuh bergaya apabila kedua-duanya berjaya membawa kejayaan. Futsal telah berjaya menduduki tempat ke-3 daripada 8 zon yang lain. Apa yang lebih membanggakan lagi, skuad Bola Jaring berjaya menggondol tempat pertama. Pastikan kejayaan ini akan diteruskan pada peringkat kebangsaan yang akan diadakan di Melaka untk Bola Jaring dan di Selangor untuk Futsal.
Tahniah !!!




