Pertandingan bowling ini telah dijalankan pada 14 April 2010 yang lalu, bertempat di Melaka International Bowling Centre, MITC. Pertandingan ini merupakan aktiviti yang boleh dianggap sebagai aktiviti terapi kepada para pelajar yang menyertainya disamping dapat mengeratkan lagi hubungan mesra di antara para pelajar, guru-guru, PPM serta guru-guru pelatih daripada UKM. Seramai 36 orang pelajar, 6 orang guru, 4 orang guru pelatih UKM dan 4 orang PPM telah hadir bagi memeriahkan lagi pertandingan tersebut. Pertandingan bowling ini yang bermula pada pukul 3.00 petang, berakhir pada kira-kira pukul 5.30 petang.
Kelihatan pelajar yang tidak sabar-sabar untuk menunjukkan bakat mereka dalam sukan bowling ini. GPK Pendidikan Khas juga nampak bersemangat dan menunggu masa untuk turut beraksi.... Pelbagai gaya yang dipamerkan....ala-ala amatur gitu..... Bekas penyelaras PKBP yang sangat komited, Encik Zulkifli yang turut hadir bagi memeriahkan suasana... Sempat lagi berposing sakan.... Penyampaian hadiah kepada semua pemenang oleh GPK Pendidikan Khas selepas acara berakhir...
Antara aksi-aksi tarian yang dipersembahkan semasa pertandingan pada hari Ahad, 7/3/2010...... SMK Tun Mutahir telah berjaya mendapat tempat saguhati diantara 12 buah sekolah yang telah bertanding....TAHNIAH!....SMK Tun Mutahir merupakan satu-satunya sekolah yang menghantar wakil dari kelas Pendidikan Khas....semoga berjaya dengan lebih cemerlang pada masa hadapan....
Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada hari Khamis 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.
TARIKH : 29 JANUARI 2010 MASA : 3.00 - 6.00 PETANG TEMPAT : DEWAN MUTAHIR, SMK TUN MUTAHIR PENCERAMAH : DR. MOHD HANAFI BIN MOHD YASSIN ( PENSYARAH UKM )
Tahniah buat skuad Futsal SMK Tun Mutahir yang mewakili negeri Melaka kerana berjaya mengalahkan 3 pasukan setakat ini dan seterusnya melakar ke suku akhir Futsal Pendidikan Khas Peringkat Kebangsaan 2009 yang sedang diadakan di Klang, Selangor.
Melaka (3) - Kelantan (1)
Melaka (2) - Pulau Pinang (1)
Melaka (4) - Negeri Sembilan (1)
Tahniah !!! Semoga terus berjaya ke akhir dan merankul kejuaraan tahun ini.
KEPUTUSAN AKHIR : MELAKA HANYA BERJAYA KE SUKU AKHIR DAN MENDUDUKI TANGGA KE-5. MELAKA KALAH KEPADA SELANGOR 1-0.
Cik Shanthi memaklumkan bahawa skuad bowling bergu Melaka yang diwakili Al-Nazirul Mubin dan Farahin Zamri berjaya mendapat tempat ke-3 bagi Pertandingan Bowling Pendidikan Khas Peringkat Kebangsaan 2009 yang sedang diadakan di Endah Parade, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Bestnya......
Kontinjen Futsal dan Bola Jaring Pendidikan Khas SMK Tun Mutahir telah pulang dengan penuh bergaya apabila kedua-duanya berjaya membawa kejayaan. Futsal telah berjaya menduduki tempat ke-3 daripada 8 zon yang lain. Apa yang lebih membanggakan lagi, skuad Bola Jaring berjaya menggondol tempat pertama. Pastikan kejayaan ini akan diteruskan pada peringkat kebangsaan yang akan diadakan di Melaka untk Bola Jaring dan di Selangor untuk Futsal.
Tahniah !!!
Perlawanan Futsal sedang berlangsung.
Di akhir acara. Majlis penyampaian hadiah.
Futsal berjaya menduduki tempat ke-3.
Juara Bola Jaring peringkat negeri Melaka. Tahniah !!!
Warga Pendidikan Khas mengucapkan jutaan TAHNIAH buat Siti Hajar Aisyah bte Shafie atas kejayaan beliau mengondol pingat PERAK dalam Pertandingan Petanque Peringkat Kebangsaan 2009.
Warga Pendidikan Khas Tun Mutahir mengucapkan jutaan TAHNIAH dan SYABAS buat Ustaz Sajat bin Ahmad atas perlantikan sebagai Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas bermula 1 September 2009 yang lalu. Semoga Pendidikan Khas SMK Tun Mutahir akan lebih cemerlang.
1. Persembahan Tarian Sempena Karnival Pendidikan Negeri Melaka 2010. ( 06 Mac 2010 )
2. Pertandingan Tarian Sekolah-sekolah Menengah Negeri Melaka. ( 07 Mac 2010 )
KOKURIKULUM ( KEBANGSAAN )
1.
ENROLMEN PELAJAR 2010
Tingkatan 1 KA: 2 orang Tingkatan 1 KB: 5 orang Tingkatan 2 K : 6 orang (1 orang inklusif) Tingkatan 3 KA: 5 orang Tingkatan 3 KB: 5 orang Tingkatan 3 KC: 4 orang Tingkatan 4 KA: 3 orang Tingkatan 4 KV: 3 orang Tingkatan 5 KV: 3 orang
JUMLAH = 36 orang
ENROLMEN GURU / KAKITANGAN SOKONGAN 2010 :
GPK PK : 1 orang ( Lelaki ) ************************ TN. HJ SAJAT BIN AHMAD
GURU LELAKI : 3orang ********************** ROSLI BIN ALIMAN ROSLI BIN MAHAT@KASSIM LEE HOCK CHAN
GURU WANITA : 11 orang ************************ SALOMI BTE HJ.NAIM NOR HASLINDA BTE KAMISAN CHU SHI HARN KOH PAW CHENG YONG SIOK FANG DUZAIMAH BTE KAMARUDDIN SHANTHI A/P KANASAN MUTTY SITI NAFISAH BTE SALEMAN TUAN SITI NOOR AINI BTE TUAN HARUN SADIAH BTE KAMAR
P.P.M : 4 orang ************** HABIBAH BTE KATAN MASZIAH BTE AHMAD NUR FARIZAH BTE RUSLAN ROZIE BINTI TAIMAN